Kebelakangan ni, banyak yang komen tentang subtweet antara beberapa ahli politik Malaysia, terutamanya Azmin Ali, Nurul Izzah dan Nik Nazmi. Apakah itu sebenarnya subtweet?

Dari page Subtweeting: what is it, and how to do it well
h

Subtweet bermakna anda Tweet tentang seseorang tanpa menyebut atau “mention” Tweet handle seseorang tersebut. Macam “baling batu sembunyi tangan”.

Contoh subtweet:

Menurut beberapa laporan, Tweet ini memang ditujukan kepada Nurul Izzah:

Dari Tidak tahan getir, Azmin kritik Nurul Izzah ‘budak merengek’ :

“Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan penggal ini adalah yang terakhir sebagai wakil rakyat selain melepas semua jawatan politik. Terbaru, beliau meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Semalam, Nurul Izzah mengeluh dengan perkembangan politik di Malaysia yang dianggapnya sebagai “huru-hara” dalam wawancara dengan akhbar Singapura.

Beliau juga ada menyebut kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad. “

Kemudian, Nik Nazmi , MP untuk Setiawangsa pula melanjutkan lagi perang subtweet:

Subtweet Nik Nazmi pula dibala semula dengan SubTweet dari Azmin Ali:

Ada juga komen dari Netizen yang menyifatkan subtweet ini bukan tindakan yang sesuai untuk pemimpin.

Tapi akhirnya, bakal Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden Parti Keadilan Malaysia, Anwar Ibrahim cuba menenangkan suasana antara ahli ahli nya sendiri

Anwar tells Azmin to back off after ‘cry baby’ jibe

Perlu ke Subtweet dalam memimpin negara? Kalau pemimpin yang di dalam parti sendiri pun tidak dapat bercakap sesama sendiri dan hanya berani bercakap tanpa menyebut, bagaimana nak menghadapi cabaran negara yang lebih getir?

Kenapa tak guna Whatsapp group saja?