Zurida Jual Kereta Honda Melalui Media Sosial

Zurida Mahfoz agen jualan Honda HZN Cars menggunakan platform media sosial Facebook dan Instagram untuk menjual kereta

Zu Honda
Zurida Mahfoz agen jualan Honda HZN Cars

“Pada mulanya, saya kurang yakin dengan impak jualan yang boleh diberikan oleh media sosial untuk jualan kereta, sebab saya memang aktif dalam Instagram tetapi apabila saya melihat ramai agen yang berjaya mencari pembeli melalui media sosial dan Internet, saya mengambil keputusan untuk mencuba juga bulan lepas. Alhamdulilah, tak menang tangan nak melayan pertanyaan tentang kereta tetapi bukan semua pertanyaan itu akan berakhir dengan pembelian. Tetapi yang membezakan seorang agen yang cekap adalah bagaimana untuk menjadikan pertanyaan itu satu jualan yang berjaya”, ujar Zurida ketika ditemui di HZN Cars di Glenmarie di baru-baru ini.

Video Promo Honda Civic Modulo

Sudah hampir 10 tahun Zurida Mahfoz berpengalaman menjual pelbagai jenis kereta Honda di HZN Cars yang terletak di Glenmarie, namun beliau mula menyedari potensi menjual melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram hanya daripada bulan lepas, setelah mendapat tahu yang ramai agen penjual agen Honda yang lain mendapat lead sales daripada media sosial.

“Saya menyedari ramai agen sales Honda menggunakan media sosial untuk memasarkan kereta Honda, samada melalui Facebook, Instagram atau pun blog mereka sendiri atau yang mereka upah untuk diuruskan oleh pihak ketiga”

Honda City di luar bangunan HZN Cars baru selesai dipandu uji
Honda Civic
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor
Salah satu pelanggan Zurida yang baru menerima delivery kereta dari Zurida di HZN Cars

Zurida yang baru mempunyai 265 Facebook Likes di Facebook pagenya Zu Honda dan 144 Followers di Instagramnya menjelaskan, “Bilangan Likes bukan lah matlamat utama saya. Yang penting bagi saya adalah lead dan sales. Kalau ada banyak Likes pun tak guna kalau tak ada sales lansung. Setiap pembelian pun mengambil beberapa aspek lain seperti pinjaman bank, insurans dan juga trade-in kereta lama. Jadi saya harus bantu pelanggan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka, bukannya saya”.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and car
Image source

“Alhamdulillah, banyak juga pelanggan yang nak beli kereta sebelum Raya ni untuk pulang kampung, jadi saya kebelakangan ni sangat sibuk untuk menguruskan urusan pembelian supaya dapat deliver kereta sebelum Ailfitri ni”, ujar Puan Zurida lagi, yang mempunyai dua cahaya mata dan pada masa yang sama tidak ketinggalan melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu,

“Untuk urusan media sosial ini saya outsourcekan juga pada pihak ketiga yang lebih bijak menguruskan akaun akaun saya sebab kalau saya nak buat semua, memang tak menang tangan!”