Seorang gadis berusia 16 tahun dilaporkan telah membunuh diri di Sarawak, selepas membuat survey di akaun Instagramnya bertanya pada pengikutnya jika dia harus mati atau tidak, dan 69% responden mengundi yang sepatutnya.

Mengikut kajian oleh syarikat IT comparitech.com pada November 2018 , 23 peratus daripada ibu bapa Malaysia yang percaya anak mereka pernah menjadi mangsa siber cyberbullying sekurang-kurangnya sekali pada tahun 2018.

Angka ini agak menakutkan kerana 1/5 dari semua kanak-kanak di Malaysia pernah melalui cyber bullying, yang ke 6 tertinggi di dunia, dan itu hanya dalam setahun dan pasti banyak lagi kes yang tidak diketahui ibu bapa. Peratusan sebenar mungkin menjangkau 40%-50%. Dunia kanak-kanak sekarang bukan lah seperti dunia ibu bapa mereka dahulu. Bagi kanak-kanak ini yang sebaik lahir sudah biasa dengan Ipad dan Internet, sebahagian besar dari dunia mereka adalah dunia digital. Tambahan pula ramai ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain dengan peranti berinternet.

Dan berdasarkan undang-undang pula, mereka yang mengundi supaya membunuh diri juga boleh disabitkan kesalahan. Ini yang lebih merisaukan. Kenapa tidak ada antara mereka yang menyedarkan anak gadis itu? Kenapa tidak ada seorang pun yang memberitahu perkara ini kepada ibu bapa atau orang dewasa yang lain? Tidak ada kesedaran kah dalam diri mereka? Adakah ini trend kanak-kanak masa kini, untuk membuat jenaka tentang bunuh diri sehingga tidak menyedari yang kali ini terakhir kali mereka melihat teman mereka?

Nyawa seorang anak gadis kini hilang. Ibu bapa nya kehilangan seorang anak yang telah mereka tatang dan didik selama 16 tahun. Insiden sedih ini harus kita ambil iktibar supaya ia menjadi pengajaran agar tidak ada lagi kejadian seperti ini. Yang dirisaukan ialah apabila kejadian bunuh diri ini menjadi tiruan anak anak muda, semoga dijauhkan.

Salah satu punca penting kejadian ini ialah kesihatan mental remaja tersebut. Pada usia yang sangat muda namun merasa tekanan kehidupan sehingga boleh membunuh diri menunjukkan ada yang tidak kena.

Program intervensi untuk mewujudkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan guru mengenai masalah cyberbullying terutama pada platform media sosial yang paling banyak digunakan, iaitu, Facebook di Malaysia perlu dilaksanakan di seluruh sekolah tinggi di Malaysia. Campur tangan ini dapat mengajar ibu bapa dan guru mengenai mengenalpasti bentuk cyberbullying yang dialami oleh mangsa, dan untuk membantu mangsa mengatasinya. Di samping itu, mengetahui bahawa pengenalpastian pelaku memainkan peranan penting dalam pelarasan psikososial bagi mangsa, program intervensi dapat merangkumi cara untuk mendidik kawan-kawan mangsa bagaimana mengenali pelaku, dan melaporkannya kepada pihak berkuasa sebenar di alam maya, Facebook.

CYBERBULLYING ON FACEBOOK AND PSYCHOSOCIAL ADJUSTMENT IN MALAYSIAN ADOLESCENTS

Peranan ibu bapa dan guru adalah amat penting untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar dan kanak-kanak tentang isu cyberbullying, kesihatan mental dan juga untuk membiasakan mereka berkomunikasi secara terbuka. Wabak ini sudah serius di negara seperti Korea di mana peratusan tinggi remaja mengambil jalan singkat menamatkan kisah hidup mereka kerana tertekan dengan budaya yang penuh disiplin dan tegas.

Pengguna-pengguna media sosial yang di pelbagai platform boleh membantu dengan berkongsi tips dan melaporkan pada pihak berkuasa kerana dunia media sosial adalah amat luas dan sukar untuk memantau pada setiap masa.

Orang ramai boleh membuat laporan tentang cyberbullying di Biro Perlindungan dan Pengaduan Pengguna di Cyberjaya atau hubungi 1800-188-030 atau WhatsApp di 016-2206262

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here